Mohd Faizul Rohban Ahmad @ Abang Arjuna
Bermula tahun 2019 hasil usaha MOHD FAIZUL, FR QASEH telah menjalankan satu kerjasama dengan pihak UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) bagi mengkaji serta melakukan Analisa serta mendapatkan data sainstifik untuk produk-produk berasaskan alam semulajadi terutama kandungan utama dalam produk Kaseh Skincare iaitu kunyit putih.
Kejayaan tanpa usaha hanyalah impian kosong kerana itu melihat potensi pada produk ini MOHD FAIZUL nekad memulakan projek penanaman kunyit putih sendiri agar kajian ini dapat berjalan dengan lancar tanpa berlaku masalah stok.
Keinginan untuk menghasilkan produk selamat dan HALAL, MOHD FAIZUL telah menjalankan satu lagi usaha ke arah global dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan HALVEC LABORATORIES (HALVEC) bagi menjadi penasihat sains serta menjalankan analisis makmal kepada FR QASEH ia bertepatan dengan kehendak dunia global yang mana setiap negara akan melihat data sainstifik serta ujian makmal sebelum sesuatu produk di benarkan masuk ke negara mereka.
Beliau yakin satu hari nanti FR QASEH akan berkelana di negara luar dalam pasaran yang kukuh dan gah tetapi semua itu memerlukan kerja keras dan ketekunan.
Norbaizura Ibrahim @Akak Manja
NORBAIZURA BT IBRAHIM seorang graduan jurusan DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN tetapi kerana visi dan misi memberikan kecantikan kepada wanita menyebabkan Norbaizura menceburi diri dalam bidang kecantikan luaran dan dalaman wanita.
Setiap wanita layak cantik tanpa tersiksa atau merosakan kulit wajah dengan menggunakan produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia merbahaya telah membawa Norbaizura menghasilkan produk yang selamat dan berasaskan alam semulajadi.
Ketekunan dalam mendidik wanita agar menggunakan produk yang selamat serta menjaga penampilan diri sentiasa membara dalam diri beliau.Visi dan misi ini tidak akan tercapai jika di lakukan sambil lewa, kerana itu usaha yang berterusan menjadi matlamat Norbaizura