KAMI MERUPAKAN PENGILANG PRODUK KOSMETIK (OEM) BERASASKAN BAHAN SEMULAJADI

Original Equipment Manufacturer atau lebih dikenali sebagai OEM membawa maksud sebuah kilang yang mengeluarkan sesuatu produk untuk pengasas produk/founder di bawah jenama mereka sendiri. Setiap kilang OEM yang berdaftar di bawah KKM, perlu mematuhi segala peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) atau dikenali juga sebagai National Pharmaceutical Regulatory Agency.

Kilang FR Qaseh yang berpusat di Halal Park, Sg Petani Kedah mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk membuat sampel produk bagi setiap produk OEM yang dimohon oleh para pelanggan/pengasas.Pasukan R & D (Penyelidik & Pembangunan) kilang yang berpengalaman akan membantu para pelanggan/pengasas untuk :-

  • Memberi penerangan mengenai kelebihan produk dan membuat perbincangan mengenai penggunaan bahan mentah yang sesuai untuk digunakan.
  • Menyediakan sampel kepada pelanggan dengan menggunakan formulasi baru atau boleh diubahsuai mengikut kehendak pelanggan/ pengasas.
  • Memproses produk dari bahan mentah sehingga siap termasuk proses pembungkusan.
  • Membantu pelanggan / pengasas sehingga mendapat kelulusan NOT/ MAL dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga memperoleh sijil Halal.

Sebagai pengeluar OEM, produk yang dihasilkan dibuat mengikut spesifikasi pelanggan. Pakar professional OEM kami akan membantu para pelanggan untuk membangun dan meluaskan produk kosmetik, penjagaan kulit wajah dan penjagaan diri melalui perkhidmatan pengilangan OEM yang dijalankan.

Fasiliti pengilangan & ujian makmal akan dijalankan mengikut piawai yang telah ditetapkan untuk memastikan kajian & pembangunan produk yang dijalankan adalah yang terbaik bagi mengekalkan daya saing produk di pasaran.

FR Qaseh Marketing Sdn. Bhd. telah membina barisan pengeluaran dalaman untuk memproses produk yang menggabungkan teknologi canggih dengan kapasiti pengeluaran yang tinggi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk kosmetik. Pelaksanaan proses pengeluaran yang merangkumi penerimaan bahan, pemprosesan dan pembungkusan kepada pemasaran dilaksanakan dengan mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

“Kami mempunyai pakar R & D dalam pembangunan formulasi produk kosmetik, penjagaan diri dan juga penjagaan kulit wajah. Kami menawarkan kepada anda pelbagai produk yang inovatif mengikut trend pasaran masa kini samada produk yang sediada atau menggantikan produk semasa anda. Kami membangunkan segalanya untuk anda. Perkhidmatan OEM kami merangkumi” :-

NAK BUAT PRODUK BRAND SENDIRI?

JOM JADI BOSS !

Jom bina brand anda sendiri. FR Qaseh sedia membantu anda dengan kilang yang bertaraf GMP & Halal sertai MOQ kami serendah 50 unit sahaja. Harga pasti mampu milik.

Hubungi kami di Whatsapp 017 460 0989

Konsultasi adalah percuma sahaja.


Alamat Kilang/ Pejabat:
FR Qaseh Marketing Sdn Bhd, Lot I-04, Jalan Persiaran 2/1 Taman Halal Kedah, 08000 Sungai Petani, Malaysia,