BEAUTY KASEH - PRODUK LOKAL SETANDING ANTARABANGSA

Beauty Kaseh merupakan syarikat bumiputera yang menghasilkan produk kesihatan & kecantikan wajah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang selamat digunakan.
 
Produk Beauty Kaseh diiktiraf halal JAKIM dan mempunyai taraf kilang pensijilan GMP . Menggunakan bahan natural dan melepasi pemeriksaan kualiti produk bebas bahan kimia berbahaya dan racun.

KENAPA PILIH KAMI ?

Produk Beauty Kaseh mendapat pensijilan halal JAKIM, menggunakan bahan natural dan melepasi pemeriksaan kualiti produk bebas bahan kimia berbahaya dan racun.
 
Setiap produk yang kami keluarkan adalah  (in-house) kilang kami sendiri yang berada di Kedah dengan kolaborasi tenaga pakar Profesor daripada Universiti Utara Malaysia.

RANGKAIAN PRODUK

Rangkaian produk Beauty Kaseh merangkumi Skincare, Kesihatan Mata, Kesihatan Wanita & Lelaki dan Penjagaan Diri & Penjagaan Kulit
 
Skincare 
Kaseh Skincare 5 in 1, Kaseh Skincare Starter Pack
 
Minuman Kesihatan Wanita & Lelaki 
Manja Kaseh Coffee, Arjuna Kaseh Coffee, Musang King Coffee
 
Kesihatan Mata
iKaseh
 
Penjagaan Kulit
Glucoskin
 
Penjagaan Diri
Shower Gel, Lipmatte

BIOGRAFI PENGASAS

Mohd Faizul Rohban Ahmad @ Abang Arjuna
Bermula tahun 2019 hasil usaha MOHD FAIZUL, FR QASEH telah menjalankan satu kerjasama dengan pihak UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) bagi mengkaji serta melakukan Analisa serta mendapatkan data sainstifik untuk produk-produk berasaskan alam semulajadi terutama kandungan utama dalam produk Kaseh Skincare iaitu kunyit putih.  
 
Kejayaan tanpa usaha hanyalah impian kosong kerana itu melihat potensi pada produk ini MOHD FAIZUL nekad memulakan projek penanaman kunyit putih sendiri agar kajian ini dapat berjalan dengan lancar tanpa berlaku masalah stok. 
 
Keinginan untuk menghasilkan produk selamat dan HALAL, MOHD FAIZUL telah menjalankan satu lagi usaha ke arah global dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan HALVEC LABORATORIES (HALVEC) bagi menjadi penasihat sains serta menjalankan analisis makmal kepada FR QASEH ia bertepatan dengan kehendak dunia global yang mana setiap negara akan melihat data sainstifik serta ujian makmal sebelum sesuatu produk di benarkan masuk ke negara mereka.
 
Beliau yakin satu hari nanti FR QASEH akan berkelana di negara luar dalam pasaran yang kukuh dan gah tetapi semua itu memerlukan kerja keras dan ketekunan.
 
Norbaizura Ibrahim @Akak Manja
NORBAIZURA BT IBRAHIM seorang graduan jurusan DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN tetapi kerana visi dan misi memberikan kecantikan kepada wanita menyebabkan Norbaizura menceburi diri dalam bidang kecantikan luaran dan dalaman wanita.
 
Setiap wanita layak cantik tanpa tersiksa atau merosakan kulit wajah dengan menggunakan produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia merbahaya telah membawa Norbaizura menghasilkan produk yang selamat dan berasaskan alam semulajadi. Ketekunan dalam mendidik wanita agar menggunakan produk yang selamat serta menjaga penampilan diri sentiasa membara dalam diri beliau.
 
Visi dan misi ini tidak akan tercapai jika di lakukan sambil lewa, kerana itu usaha yang berterusan menjadi matlamat Norbaizura

KAMI MERUPAKAN PENGILANG PRODUK KOSMETIK (OEM) BERASASKAN BAHAN SEMULAJADI

Original Equipment Manufacturer atau lebih dikenali sebagai OEM membawa maksud sebuah kilang yang mengeluarkan sesuatu produk untuk pengasas produk / founder di bawah jenama mereka sendiri. Setiap kilang OEM yang berdaftar di bawah KKM, perlu mematuhi segala peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) atau dikenali juga sebagai National Pharmaceutical Regulatory Agency.
Kilang FR Qaseh yang berpusat di Halal Park, Sg Petani Kedah mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk membuat sampel produk bagi setiap produk OEM yang dimohon oleh para pelanggan / pengasas.Pasukan R & D (Penyelidik & Pembangunan) kilang yang berpengalaman akan membantu para pelanggan/ pengasas untuk :-
  • Memberi penerangan mengenai kelebihan produk dan membuat perbincangan mengenai penggunaan bahan mentah yang sesuai untuk digunakan.
  • Menyediakan sampel kepada pelanggan dengan menggunakan formulasi baru atau boleh diubahsuai mengikut kehendak pelanggan/ pengasas.
  • Memproses produk dari bahan mentah sehingga siap termasuk proses pembungkusan.
  • Membantu pelanggan / pengasas sehingga mendapat kelulusan NOT/ MAL dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga memperoleh sijil Halal.
Sebagai pengeluar OEM, produk yang dihasilkan dibuat mengikut spesifikasi pelanggan. Pakar professional OEM kami akan membantu para pelanggan untuk membangun dan meluaskan produk kosmetik, penjagaan kulit wajah dan penjagaan diri melalui perkhidmatan pengilangan OEM yang dijalankan. Fasiliti pengilangan & ujian makmal akan dijalankan mengikut piawai yang telah ditetapkan untuk memastikan kajian & pembangunan produk yang dijalankan adalah yang terbaik bagi mengekalkan daya saing produk di pasaran.
FR Qaseh Marketing Sdn. Bhd. telah membina barisan pengeluaran dalaman untuk memproses produk yang menggabungkan teknologi canggih dengan kapasiti pengeluaran yang tinggi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk kosmetik. Pelaksanaan proses pengeluaran yang merangkumi penerimaan bahan, pemprosesan dan pembungkusan kepada pemasaran dilaksanakan dengan mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).